CA02 KEMAHIRAN TINGKAH LAKU PERSONAL
KEJUJURAN DAN INTEGRITI
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai konsep
kejujuran dan integriti,
amalan piawaian dan garis panduan etika, prinsip kerahsiaan, interaksi yang
baik antara rakan dan pegawai atasan dan amalan Standard.
1
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|||
Drpd / of
|
: 10
|
|||
|
|
PENERANGAN/INFORMATION :
1.
Konsep Kejujuran Dan
Integriti 1.1
Pengenalan
Kebanyakan
manusia lebih suka keamanan daripada peperangan dan pertelingkahan, menghargai
kestabilan dan nilai kebahagiaan, kenikmatan dan keselesaan. Secara amnya,
huru-hara dan pertelingkahan, pembunuhan, ketidakstabilan dan keadaan kacau
bilau dilihat sebagai faktor negatif dan tidak melambangkan sifat seorang yang
waras.
i)
Setelah meneliti ribuan tahun sejarah manusia didokumenkan, ia kelihatan
jelas bahawa manusia akan sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan peningkatan
kualiti kehidupan membina kapal-kapal untuk belayar bagi meneroka tanah baru
dan memperolehi harta benda serta kekayaan. Mereka mencipta peralatan mekanikal
berteknologi maju dan canggih seperti kompas, telefon, komputer dan jentera
untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan sentiasa berikhtiar untuk mencapai ke
tahap yang lebih tinggi. Segala usaha manusia seolah-olah mencadangkan bahawa
apabila diberi pilihan, mereka sentiasa akan bekerja ke arah menjadikan
kehidupan lebih senang.
ii)
Kemiskinan biasanya disebabkan oleh keadaan hidup dan jarang sekali
menjadi pilihan. Umumnya rakyat tidak memilih untuk menjadi miskin tetapi
berada dalam keadaan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan mereka.
Apabila diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka dan memperoleh
kekayaan, mereka jarang sekali akan memilih untuk kembali ke keadaan yang
miskin dan kurang bernasib baik. Ini membuktikan bahawa umat manusia secara
umumnya akan mengelak daripada kesusahan dan akan mengumpul kekayaan daripada
berada di dalam kemiskinan apabila diberi pilihan. Pada situasi yang ideal,
individu yang berusaha ke arah kekayaan,
2
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|||
Drpd / of
|
: 10
|
|||
|
|
keselesaan dan kebahagiaan
tanpa menjejaskan atau menyalahgunakan hak dan kepunyaan orang lain
iii)
Oleh itu, adalah selamat untuk mengatakan bahawa integriti akan sentiasa
diuji terutamanya apabila kita perlu membuat keputusan mengenai apa yang adil,
saksama dan betul.
1.2 Definisi Intergriti
i)
Kamus Oxford Advanced Learner
mentakrifkan "integriti" sebagai "kualiti untuk menjadi jujur
dengan prinsip-prinsip moral yang kuat ". Seseorang boleh memiliki
integriti peribadi, profesional atau seni
ii)
Kamus Macmillan mentakrifkan
"integriti" sebagai "kualiti yang sentiasa berkelakuan mengikut
prinsip-prinsip moral yang anda percayai, supaya orang akan menghormati dan
mempercayai anda" dan "kualiti berkelakuan menurut peraturan dan
standard kerja atau profesion anda" Daripada pentakrifan di atas, kita
boleh merumuskan bahawa integriti menandakan kualiti kebaikan, kebenaran,
kebaikan dan tingkah laku moral yang baik dan betul . Ia juga bermakna
kepatuhan, kerjasama, tidak berganjak dan pematuhan.
1.3 Definisi Kejujuran
i)
Kamus Oxford Advanced Learner,s
mentakrifkan "kejujuran" sebagai "sentiasa bercakap benar, tidak
pernah mencuri atau menipu".
ii)
Kamus Macmillan mentakrifkan "kejujuran" sebagai
"seseorang yang tidak berbohong atau menipu dan mematuhi
undang-undang".
1.4 Integriti di Tempat Kerja
i)
Integriti di tempat kerja adalah penting untuk persekitaran kerja yang
sihat. Ia tidak kira kedudukan atau jawatan seseorang sama ada ketua Pegawai
eksekutif atau Tukang cuci atau kakitangan yang berjawatan paling rendah,
integriti di tempat kerja bermula dengan kejujuran, kewibawaan, amanah dan
kesopanan Dengan menjaga tutur-kata dan
3
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|
|||
Drpd / of
|
:
|
10
|
|||
|
|
||||
mempunyai
|
etika
serta bertanggungjawab dalam
|
tindakan
|
akan
|
||
melahirkan rasa hormat dan
profesionalisme.
|
|
|
|
ii)
Bekerja
tepat pada waktunya
Bekerja
bersungguh-sungguh ketika berada di tempat kerja adalah satu contoh jelas
integriti di tempat kerja. Kesibukan, melayari Internet, membuat panggilan
telefon peribadi, menghantar mesej dan kerap keluar makan adalah
aktiviti-aktiviti yang mengurangkan masa bekerja. Dengan menyimpan
aktiviti-aktiviti tadi untuk dilakukan pada masa rehat akan menunjukkan kepada
ketua, rakan sekerja dan pelanggan bahawa seseorang itu bekerja
bersungguh-sungguh apabila berada pada waktu kerja. Waktu bekerja mesti
dihormati dengan tidak mencuri masa daripada majikan anda. Malah jika anda
tidak merakam waktu masuk dan keluar pada kad perakam waktu, tetapi memberi
tumpuan kepada kerja yang dipertanggungjawabkan, keberadaan di meja kerja atau
stesen kerja, atau kawasan kerja pengeluaran, akan mempamerkan tabiat kerja
anda yang bersunguh-sungguh.
iii) Mematuhi polisi syarikat
Mematuhi dasar
syarikat adalah cara yang berkesan untuk mempamirkan integriti. Mengurangkan
prosidur dan mengabaikan peraturan-peraturan di tempat kerja boleh membawa
kepada kesilapan, permasaalahan dan situasi berbahaya. Kesanggupan anda
merekodkan transaksi kewangan dengan tepat, mengasingkan bahan-bahan berbahaya
atau toksik dengan cara selamat, mematuhi protokol syarikat untuk berurusan
dengan pelanggan, melakukan pembersihan atau merangka prosedur dan
menyelenggara peralatan dengan sempurna akan menunjukkan kepada orang lain
bahawa anda tidak mudah mencari jalan keluar. Dengan Mempamirkan diri anda
sebagai seorang pekerja yang boleh dipercayai serta mematuhi dasar-dasar
syarikat akan menunjukkan kepada ketua dan rakan sekerja yang anda adalah
seorang yang jujur dalam menjalankan tugas..
iv) Menghormati rakan sekerja dan membina
kepercayaan
4
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|||
Drpd / of
|
: 10
|
|||
|
|
Dengan
menghormati rakan-rakan sekerja, anda akan menzahirkan keinginan untuk
mewujudkan persekitaran kerja yang sihat. Berkomunikasi dengan sopan,
berinteraksi dengan sempurna dan menghormati pendapat dan idea rakan sekerja,
mempamirkan kebolehan anda melangkaui kepentingan peribadi bagi kelangsungan
sebuah pasukan yang berpusatkan matlamat kerja. Selagi mana anda jujur dan
hormat, berurusan dengan rakan sekerja, anda akan mewujudkan satu tahap
kepercayaan dengan mereka. Menurut Amy Rees Anderson, penyumbang makalah
majalah Forbes, orang-orang yang mempercayai anda akan menyebarkan perkataan
yang dipercayai itu kepada sekutu-sekutu mereka, dan keperibadiananda akan
tersebar dengan cepat sekali.
iv) Pamer kelakuan bertanggungjawab
Integriti di
tempat kerja sering berpunca daripada tingkah laku moral dan etika. Perlu
dipastikan tiada sebab tingkah laku anda dipersoalkan dan inilah satu cara
terbaik untuk membuktikan bahawa anda adalah seorang pekerja yang jujur dan
boleh diharapkan. Elakkan daripada menggunakan produk atau peralatan syarikat
untuk kegunaan peribadi dan kemukakan resit-resit yang sah semasa membuat
tuntutan perjalanan atau makan-minum .Jangan membuat janji yang berlebihan yang
tidak dapat ditunaikan serta berusaha untuk memenuhi tarikh akhir. Bekerja
secara produktif dan bekerjasama semasa mesyuarat syarikat supaya anda tidak
kelihatan malas atau bersikap tidak peduli, dan jangan mengambil cuti sakit
sekiranya anda tidak sakit. Dengan menunjukkan tingkah laku yang
bertanggungjawab,, anda tidak memberi rakan sekerja atau pelanggan sebarang
peluang untuk mempersoalkan integriti anda.
vi) Kepentingan integriti di tempat kerja
Integriti
adalah asas kepada perwatakan.Seseorang yang berintegriti telah terbangun
nilai-nilai teras seperti belas kasihan, kewibawaan, murah hati, jujur, baik
hati, kesetiaan, kematangan, mempunyai matalamat dan kepercayaan yang akhirnya
akan membawa kepada nilai dan kejayaan kepada mana-mana organisasi. Bekerja
dengan orang-orang yang berintegriti
mewujudkan persekitaran kerja yang positif
kerana terdapat kepercayaan
5
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|||
Drpd / of
|
: 10
|
|||
|
|
dalam kalangan rakan
sekerja dan ia akan mengelakkan rasa tidak yakin, pihak pengurusan dan syak
wasangka.
6
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|||
Drpd / of
|
: 10
|
|||
|
|
2.
Prinsip Kerahsiaan 2.1 Pengenalan
i) Dalam mana-mana organisasi,
sentiasa terdapat banyak data atau maklumat yang diterima, direkodkan, disimpan
dan diproses dalam kedua-dua format bercetak dan digital. Pengendalian maklumat
dan data sulit adalah merupakan sebahagian daripada tingkah laku beretika yang
merupakan salah satu daripada prinsip-prinsip dalam integriti.
2.2 Definisi Kerahsiaan
i) Kamus Oxford Advanced Learner,s mentakrifkan kerahsiaan maklumat atau
data yang disimpan adalah rahsia atau bersifat peribadi dan tidak boleh
diberitahu atau dikongsi dengan orang lain.
2.3 Katagori Maklumat Sulit
i) Maklumat Kerahsian di
tempat kerja boleh dipecahkan kepada tiga (3) kategori utama:
a.Maklumat kakitangan
Sesetengah organisasi mempunyai peraturan untuk
mengawal kerahsiaan
dan pelupusan maklumat pengenalan peribadi '.Maklumat kakitangan
termasuk
maklumat seperti nombor
keselamatan sosial, alamat
rumah,
maklumat kenalan, maklumat peribadi, sejarah
pekerjaan, sejarah perubatan,
nama keluarga, dan lain-lain
b.Maklumat pengurusan
Mmaklumat Sulit
pengurusan meliputi hubungan pekerja, tindakan disiplin, penyiasatan salah
laku, gaji, saraan, upah, tuntutan kerja lebih masa, yang akan berlaku
pemberhentian kerja, dan lain-lain Pendedahan maklumat pengurusan kepada pihak
yang tidak dibenarkan adalah tidak beretika, tidak produktif dan mencipta
kerosakan keadaan yang tidak harmoni di tempat kerja.
.
7
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|||
Drpd / of
|
: 10
|
|||
|
|
c.Maklumat perniagaan
Maklumat
perniagaan yang rahsia kadang-kadang dikenali sebagai maklumat ampunya atau
rahsia perniagaan yang merujuk kepada maklumat yang tidak diketahui umum dan
orang ramai dan biasanya tidak boleh didapati oleh pesaing kecuali secara salah
atau tidak wajar .Contoh rahsia perniagaan termasuklah proses pembuatan dan
kaedah, pelan perniagaan, data kewangan, ramalan dan belanjawan , program
komputer, senarai pelanggan, formula bahan atau resipi, senarai pembekal, dan
lain-lain
2.4 Kepentingan Kerahsiaan Di Tempat Kerja
i) Kegagalan untuk menjaga dan
melindungii maklumat sulit perniagaan boleh membawa kepada kehilangan
perniagaan dan pelanggan.
ii) Maklumat sulit boleh
disalahgunakan untuk melakukan aktiviti haram yang boleh menjejaskan semua
pihak contohnya, kecurangan, penipuan, pemalsuan.
iii) Pendedahan maklumat pekerja
dan maklumat pengurusan boleh membawa kepada kehilangan kepercayaan pekerja,
keyakinan dan kesetiaan, seterusnya mengakibatkan kehilangan produktiviti.
3. Kerahsiaan Tempat Kerja
3.1 Kaedah-kaedah oleh majikan untuk memastikan
kerahsiaan di tempat kerja
i) Melaksanakan dasar-dasar dan prosedur
kerahsiaan.
ii) Latihan kepada pihak
pengurusan dan pekerja mengenai isu-isu kerahsiaan, polisi dan prosedur.
iii) Penguatkuasaan dasar,
prosedur dan latihan termasuk mengenakan tindakan disiplin.
iv) Perjanjian tidak
mendedahkan yang ditandatangani oleh pekerja untuk melindungi maklumat
perniagaan.
3.2 Kaedah oleh pekerja untuk mengamalkan
kerahsiaan di tempat kerja
i) Pastikan anda telah
menjalani latihan mengenai dasar-dasar polisi dan prosedur syarikat.
ii) Memastikan anda memahami latihan.
iii) Sila rujuk kepada polisi dan prosedur secara
berkala.
8
Z-009-1:2015–M02/P(1/3)
|
Muka Surat / Page :
|
|||
Drpd / of
|
: 10
|
|||
|
|
iv) Mematuhi dasar dan prosedur.
v) Cadangkan penambahbaikan
berterusan atau menawarkan maklum balas yang membina kepada pihak pengurusan
mengenai dasar dan prosedur.
4. Garis Panduan Etika 4.1
Pengenalan
i) Etika merujuk kepada sistem
luar peraturan dan undang-undang. Ada ganjaran apabila garis panduan etika
diikuti dan dipatuhi dan hukuman apabila melanggar peraturan Sebagai contoh
garis panduan etika adalah yang disediakan oleh badan-badan profesional untuk
peguam dan doktor yang memantau pematuhan dan menjatuhkan hukuman yang sesuai
atau tindakan disiplin apabila garis panduan tidak dipatuhi.
ii) Organisasi sering mempunyai
kod etika yang harus dipatuhi oleh pekerja mereka.
4,2 Cara Menggunakan Kod Etika
i) Memahami Kod Etika.
ii) Merujuk kepada Kod Etika secara berkala.
iii) Mematuhi Kod Etika.
iv) Cadangkan penambahbaikan
yang berterusan atau maklum balas yang membina.
0 comments:
Post a Comment