Wednesday 21 August 2019

Kursus Tranformasi Imej Korporat Untuk Setiausaha

Kursus Tranformasi Imej Korporat Untuk Setiausaha | Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad |14 -15 Mei 2016

Kursus Tranformasi Imej Korporat Untuk Setiausaha Angkasa pada 14-15 Mei 2016.
Pada zaman ini, seorang Setiausaha dilihat sebagai satu jawatan yang  ‘high profile’
dan dipandang tinggi. Kemahiran yang perlu ada pada seorang Setiausaha di
zaman ini bukan sekadar kemahiran mengurus majikan dan mengurus
pejabat, namun seorang Setiausaha perlu mempunyai pakej diri yang
hebat iaitu kemahiran dalam ketrampilan diri, kemahiran komunikasi dan
 kemahiran menyesuaikan diri dengan pelbagai lapisan jawatan di dalam organisasi.
Terdapat enam modul yang dikongsikan sepanjang dua hari berkursus.
 Objektif kursus adalah memantapkan imej korporat dan berkongsi teknik
 penampilan korporat kepada semua peserta.
Penghargaan buat pihak Angkasa atas jemputan dan peluang yang diberikan
 untuk kami mengendalikan kursus ini.
Terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan
 kursus ini, dan kepada semua peserta yang hadir.
 Kami mendoakan agar semua peserta yang hadir agar terus cemerlang 
dalam memberi khidmat dan sumbangan.
Kami kongsikan gambar-gambar yang diambil semasa kursus :


0 comments:

Post a Comment