Monday 26 August 2019

Z-009-1:2015_CA01- KOMUNIKASI ASAS PEKERJAAN

BAHASA DITEMPAT KERJA

1.1   Bahasa Kerja

Dalam pelbagai bidang pekerjaan, kemahiran bahasa diperlukan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan kongsi sama ada dekat atau jauh.Kemahiran bahasa yang baik sudah tentu akan meningkatkan peluang pembangunan kerjaya.Semakin tinggi tuntutan tugas, semakin tinggi kemahiran bahasa diperlukan.Pada masa yang sama, keperluan kemahiran bahasa akan sentiasa meningkat dalam kerjaya pekerja.


1.1 Bahasa kerja boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan dalam syarikat, negeri, pertubuhan atau organisasi sebagai alat komunikasi.Bahasa kerja ini perlu terutamanya dalam organisasi yang terdiri daripada ahli-ahli yang berlatar belakangkan bahasa yang berbeza sebagai usaha untuk memastikan tiada kesilapan dalam komunikasi.

1.2  Sebab utama untuk mewujudkan bahasa kerja adalah penjimatan kos kerana tanpanya, akan ada keperluan menterjemahkan semua ucapan, kertas kerja, keputusan dan memo ke dalam setiap bahasa.Walau bagaimanapun, bahasa pilihan selalunya daripada bahasa yang dituturkan di tempat kerja itu sendiri.Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jerman ialah bahasa bekerja paling biasa bagi kebanyakan badan antarabangsa.Walaupun begitu, bahasa kerja bergantung pada kawasan dan jenis organisasi.Jika mereka tidak biasa dengan bahasa tempatan yang dituturkan, maka tafsiran perlu disediakan.

1.3   Dalam kerja-kerja harian, semua pekerja akan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan tugas-tugas di syarikat itu.Ia adalah penting untuk mereka memahami antara satu dengan lain.Jika ini tidak berlaku, salah faham yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas, boleh membawa kepada kemalangan.Perkara yang sama juga timbul bagi beberapa senario yang menjurus kepada keselamatan, maka pentinglah bahawa semua orang memahami antara satu dengan lain. Untuk memastikan semua pekerja memahami arahan yang berkaitan, dan tanggungjawab kerja yang berkaitan dengan tugas mereka, syarikat perlu mewujudkan garis panduan bahasa kerja yang telah ditetapkan.Bahasa kerja adalah penting supaya komunikasi daripada pekerja ke peringkat tertinggi organisasi, atau pun sebaliknya, berjalan dengan lancar.

1.4  Di Malaysia, amalan biasa dalam organisasi yang mengambil pekerja asing, ialah Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kerja utama di samping menjadi bahasa rasmi dalam perhubungan komunikasi. Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa kedua bagi bahan rujukan, dan digunakan dalam keterangan barangan dari luar negara. Bahasa Inggeris juga sering digunakan sebagai bahasa kerja dalam organisasi asing.


1.2  Slanga,Dialek Dan Jargon 

Penggunaan slanga, ungkapan dialek dan jargon di tempat kerja boleh menjadi penghalang kepada komunikasi dan boleh juga mempengaruhi tanggapan orang terhadap kita.

2.1  Slanga merujuk kata-kata atau ungkapan yang dianggap sangat tidak formal. Slanga biasanya digunakan oleh orang dalam kumpulan umur tertentu, atau dalam suatu kumpulan etnik atau budaya, untuk berkomunikasi sesama sendiri


Penggunaan slanga boleh mendatangkan kesan negatif. Orang lain mungkin tidak
akan memahami apa yang kita ingin sampaikan. Mereka juga mungkin akan terasa
terasing, malah mungkin tersinggung perasaan, terutamanya jika mereka lebih tua
atau memegang jawatan yang lebih tinggi di tempat kerja.

Sesetengah kata dan ungkapan slanga mungkin sesuai digunakan di luar tetapi tidak
sesuai digunakan di tempat kerja.

Sebagai contoh :
-Steady bro
-Ngam
-Kaitoi
-Kow Kow
-Cun , Beb

2.2 Dialek ialah loghat atau bahasa daerah. Dialek mungkin berbeza daripada jenis
bahasa standard dari segi sebutan dan tatabahasa, atau mempunyai kata-kata yang
sama sekali berbeza. Disebabkan bukan semua orang yang memahami loghat atau
bahasa daerah, lebih elok dielakkan sahaja penggunaannya di tempat kerja.

2.3 Jargon ialah kata-kata atau ungkapan yang digunakan oleh orang yang bekerja
dalam bidang tertentu. Kata-kata dan ungkapan ini mungkin sukar difahami orang lain.
Jargon hanya boleh digunakan sekiranya bercakap atau menulis kepada orang yang
mengenali istilah yang digunakan. Sekiranya perlu menggunakan jargon ketika
berhadapan dengan orang yang bekerja dalam bidang yang berlainan, pastikan setiap
kata jargon diterangkan maknanya.

Menggunakan jargon apabila tidak perlu, terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang yang tidak mengenali istilah yang digunakan akan menjejaskan kejelasan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara mesej yang ingin disampaikan dan makna yang difahami. Di samping itu, penggunaan jargon boleh dilihat sebagai cara untuk cuba menyembunyikan fakta. Biasanya, orang lebih cenderung mempercayai kesahihan maklumat yang diterangkan dengan ringkas dan jelas.




Unity-gain amplifier

Impedance buffer




Binary fission

Chemical kinetics


Facultative anaerobe





3. Bahasa yang sesuai di tempat kerja

Bahasa yang anda gunakan di tempat kerja boleh mempengaruhi kejayaan dan imej
profesional anda. Penggunaan bahasa yang sesuai di tempat kerja juga memberi kesan
pada nama baik profesional anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa berhati-hati untuk
memastikan penggunaan bahasa yang sesuai di tempat kerja.


3.1 Sentiasa gunakan bahasa standard dan ikut peraturan bahasanya dalam
pertuturan dan penulisan di tempat kerja.Jika tidak fasih berbahasa Inggeris atau
bahasa kebangsaan, berusahalah untuk bertutur dengan fasih dengan mencontohi cara
golongan profesional bertutur dan menulis di tempat kerja. Melalui cara inilah anda
akan dapat menguasai kemahiran berbahasa.

3.2 Berikut ialah beberapa perkara yang harus diambil kira dalam penggunaan bahasa
di tempat kerja:

i) Gunakan tahap bahasa yang formal. Apabila berbual-bual dalam situasi tidak
formal atau dalam penulisan tidak formal, anda boleh menggunakan bahasa yang
kurang formal, tetapi anda mesti mengekalkan keprofesionalan pada setiap masa.

ii) Elakkan kata makian dan lucah. Sumpah-seranah tidak boleh digunakan di tempat
kerja.

iii) Elakkan komen berat sebelah atau menghina. Jangan gunakan kata-kata kesat
atau bahasa yang bias terhadap mana-mana kelompok kaum, etnik, agama atau
umur. Elakkan komen, generalisasi, contoh, atau jenaka yang melibatkan
stereotaip negatif.

iv) Elakkan penggunaan bahasa slanga dan jargon. Perlu juga berhati-hati
menggunakan kiasan dan bahasa daerah.

v) Bersopan santun. Anda akan lebih berjaya dan sudah pasti akan mempunyai
hubungan yang lebih baik dengan rakan sekerja dan rakan sepejabat lain jika
menghormati mereka dan bergaul dengan mereka dengan sopan.

vi) Sertai kursus / kelas.Untuk penggunaan bahasa yang lebih tepat apabila menulis
dan bertutur di tempat kerja, anda boleh mengambil kelas atau menghadiri bengkel
atau seminar tentang berkomunikasi dengan berkesan dalam dunia perniagaan.

Perkara yang disebut di atas akan membantu anda menggunakan bahasa yang sesuai di tempat kerja. Jika prinsip-prinsip ini dipatuhi, orang lain di tempat kerja akan mempunyai tanggapan yang baik tentang anda, dan anda juga akan dikenali sebagai pekerja dan rakan sekerja yang bersifat profesional dan bersopan santun.



                           
                                             
Tidak Patut




Guna bahasa
Gunakan bahasa
daerah dan
standard
jargon yang

tidak perlu
Gunakan bahasa
Guna slanga
formal

Bersopan
Biadap dan
santun dan
mengeluarkan
berbudi bahasa
kata‐kata kesat


Rajah 3 Perkara yang patut dan tidak patut dilakukan dalam berkomunikasi di tempat kerja




4. Jenis Komunikasi

Istilah ‘komunikasi’ biasanya bermaksud bercakap, menulis atau menghantar mesej kepada orang lain. Kemahiran berkomunikasi dengan baik diperlukan kerana kemahiran ini akan meningkatkan kemahiran sosial anda. Membina kemahiran berkomunikasi penting untuk memperkasakan keyakinan diri dalam apa jua keadaan hidup.

4.1 Komunikasi berlaku melalui pertukaran simbol yang menggambarkan idea dan pengalaman. Bahasa ialah suatu sistem simbol umum yang digunakan untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain.

4.2 Simbol-simbol seperti gambar,warna,tanda dan bunyi boleh digunakan untuk berkomunikasi. Ekspresi muka,pergerakan,pakaian dan lain-lain juga adalah sebahagian bentuk berkomunikasi,walaupun tidak menggunakan pertuturan.




6


NO. KOD / CODE NO.
Z-009-1: 2015-M01/P(1/3)
Muka Surat / Page :
Drpd / of
: 10







4.3 Komunikasi melalui simbol tanpa melibatkan bahasa dikenali sebagai komunikasi bukan lisan, manakala komunikasi dalam bentuk pertuturan atau bertulis dipanggil komunikasi lisan.






Jenis
Komunikasi







Komunikasi
Lisan Komunikasi Bukan Lisan






Komunikasi
Oral                              Bertulis

(Pertuturan)

Rajah 4 Jenis komunikasi




4.4 Komunikasi lisan ialah proses menyampaikan maklumat yang melibatkan komunikasi menggunakan bahasa yang berkesan antara penyampai dan penerima maklumat. Terdapat dua jenis komunikasi lisan:

i)     Komunikasi oral

Komunikasi oral ialah proses penyampaian maklumat dan idea dari seorang individu kepada individu yang lain melalui pertuturan.


ii)    Komunikasi bertulis

Komunikasi bertulis ialah proses menyampaikan maklumat dalam bentuk bertulis.


4.5 Komunikasi bukan lisan

Satu lagi jenis komunikasi ialah komunikasi bukan lisan. Komunikasi bukan lisan merangkumi aspek suara, badan, mata dan penampilan diri.




7


NO. KOD / CODE NO.
Z-009-1: 2015-M01/P(1/3)
Muka Surat / Page :
Drpd / of
: 10







i)     Komunikasi bukan lisan ialah proses penyampaian maklumat dalam bentuk mesej tanpa kata-kata. Maklumat ini boleh disampaikan antara lainnya melalui :
a)   Pergerakan tubuh badan

b)   Postur (posisi atau kedudukan badan)

c)    Hubungan mata

d)   Paralinguistik (nada suara, kenyaringan suara)

e)   Jarak atau ruang personal

f)     Ekspresi wajah

g)   Perubahan fisiologi

h)   Pakaian dan penampilan diri


ii)    Walaupun komunikasi umum yang sering digunakan adalah melalui pertuturan atau penulisan, namun peranan komunikasi bukan lisan tidak boleh dipandang remeh. Senyuman, isyarat dan pergerakan badan tertentu juga mampu menyampaikan mesej kepada orang sekeliling.

Isyarat bukan lisan penting kerana cara kita mendengar, serta rupa, pergerakan dan reaksi kita menunjukkan sama ada kita peduli, jujur, dan memberi perhatian atau tidak. Apabila isyarat bukan lisan berpadanan dengan kata-kata yang kita ucapkan, ini akan meningkatkan tahap kepercayaan dan memperbaiki hubungan antara kita dengan pendengar di samping menyampaikan mesej yang jelas. Jika tidak, ini boleh mengakibatkan ketegangan, ketidakpercayaan dan kebingungan.

Jika ingin menjadi komunikator yang baik, perlu membina kepekaan terhadap bahasa gerak-geri dan isyarat bukan lisan diri sendiri dan orang lain.


Penampilan Diri

Pakaian, gaya rambut, pilihan warna

Gerak Isyarat

Gerakan tangan, kenyitan mata,
anggukan
KomunikasiB
Paralinguistik                                          ukan Lisan

Nada suara, kenyaringan



Ekspresi Wajah


Senyuman, dahi berkerut




Hubungan Mata



Postur

Gerakan mata, kelipan mata


Menyilang tangan, menyilang kaki, cara duduk







Rajah 5 Beberapa elemen komunikasi bukan lisan

8






































2 comments: